Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih serta selawat dan salam buat junjungan maha Nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, maka tugasan yang diberikan telahpun selesai.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pensyarah Pengajian Islam kami iaitiu PUAN NOR ARYADA BINTI MAHMAD yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan saya yang banyak berkongsi maklumat dan motivasi untuk menyiapkan hasil tugasan ini.
Terima kasih banyak-banyak kepada rakan kumpulan saya yang gigih mencari pelbagai maklumat siang dan malam dalam melengkapkan tugasan yang diberi ini. Mereka juga telah banyak mencurahan idea yang bernas untuk mnyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung .Semoga segala kerjasama yang diberikan ini akan diberkati Allah SWT. Semoga hasil tugasan kami ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana untuk dijadikan sebagai pengajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan